Realis

Sunday, July 24, 2011

|Fort Cornwallis


Assalamualaikum. Sudah beberapa kali aku pergi ke Pulau Pinang tetapi tidak berkesempatan untuk melawat Fort Cornwallis. Akhirnya, tercapai juga hajat untuk melihat dengan mata kepala sendiri keadaan di sebalik tembok batu ini. Kali ini aku pergi bersama-sama dengan kawan-kawan sekuliah iaitu Angah, Ijam dan Acab. Untuk pengetahuan. Kali ini aku hanya menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan feri. Dari jeti kami terus berjalan kaki menuju ke destinasi iaitu Padang Kota Lama. Sudah lama aku memanjakan diri dengan memandu kereta, sekarang masa untuk memenatkan kaki pula. Dibawah sinaran terik mentari kami berjalan tanpa dilindungi apa-apa. Agak panas ketika itu. Tetapi aku suka dan rindu dengan kenangan sewaktu tiada kereta.


Mari bercerita mengenai sejarah Fort Cornwallis. Sejarah Fort Cornwallis bermula apabila Sir Kapten Francis Light dari Syarikat Hindia Timur British mendarat di pulau tersebut dengan anak kapalnya pada tahun 1786. Tujuan beliau mendarat adalah untuk mengambil pulau tersebut daripada Sultan Kedah ketika itu untuk dijadikan laluan perdagangan rempah dan sutera bagi syarikat British. Francis Light membuat keputusan untuk membina sebuah kubu di tanjung pantai timur utara pulau ini, yang menghadap ke laut di mana beliau mula-mula menjejakkan kaki bertujuan melindungi kawasan tersebut daripada ancaman lanun, tentera dan juga Kedah sendiri. Pada asalnya kubu tersebut hanya dibuat daripada 'Nibong' iaitu batang kelapa sebagai penghadang, tanpa apa-apa struktur konkrit. Francis Light menamakan kubu tersebut selepas Gabenor Jeneral di Bengal pada masa itu - Charles Cornwallis. Kubu ini hanya diperkukuhkan lagi dengan batu-bata setahun kemudian sekali lagi oleh Francis Light tetapi di bawah pentadbiran Gabenor yang berbeza. Walaupun dibina untuk pertahanan. Sepanjang kewujudannya, Fort Cornwallis berkhidmat sebagai pusat pentadbiran British. Fort Cornwallis pernah dikelilingi parit kira-kira 9m lebar dan 2m dalam di sepanjang dinding kubu, beberapa meriam telah ditempatkan secara strategik menghadap pelabuhan di utara dan di sepanjang pantai timur. Dalam tahun 1920-an disebabkan oleh wabak malaria di kawasan sekitar Fort Cornwallis, parit tersebut telah ditimbus.


Pertama- Ketika memasuki Fort Cornwallis, anda pasti terlihat patung legenda Kapten Sir Francis Light. Malah, tiada pelawat akan terlepas daripada melihat patung Francis Light kerana kedudukannya yang menghadap pintu masuk kubu. Patung gangsa diukir oleh FJ Wilcoxson dalam tahun 1936 untuk memperingati ulang tahun ke-150 pendaratan bersejarah Francis Light. Walaupun patung ini diukir berdasarkan gambar anaknya, William Light, ia sememangnya salah satu ikon terkenal yang dikaitkan dengan sejarah era penjajahan Pulau Pinang. Kedua- Meriam Sri Rambai yang mempunyai sejarah telah berdiri sendiri. Meriam ini pada asalnya hadiah dari Belanda kepada Sultan Johor pada 1606. Meriam tersebut dirampas oleh Portugis dan dibawa ke Jawa kemudian ke Acheh sebelum dirampas oleh British di Kuala Selangor dan dibawa ke Pulau Pinang untuk diletakkan di Fort Cornwallis. 


Ketiga- Sebuah gereja kecil telah dibina di dalam Fort Cornwallis. Ini adalah gereja pertama Kristian di Pulau Pinag pada ketika itu. Gereja kecil tersebut telah dibina pada tahun 1799 di sudut selatan barat kota tersebut di sebelah sel penjara. Sejarah telah merekodkan bahawa selepas Sir Francis Light meninggal dunia, balunya, Martina Rozells berkahwin semula dengan Timmers John dalam gereja tersebut pada tahun yang sama ia dibina. Akhir sekali- Berek dan sel penjara kecil yang masih dalam keadaan baik yang dibina pada tahun 1811. Jika mahu merasai sendiri pengalaman berada didalam penjara, datangla ke sini. Rasai dan alami sendiri sejarah di depan mata anda.

4 comments:

  1. saya last pergi sini masa form 3 dulu.. tu pon sebab kena wat tugasan pmr.. hahahah...

    ReplyDelete
  2. @PeRmAtA bIrU: untungla pmr ada tugasan.tp rase xda bnyk beza kot dr dlu ngan skunk.huhu

    ReplyDelete
  3. 3 thun kat penang, idok sempat teman nak melawat tempat ini

    ReplyDelete
  4. @IMANSHAH: ler.rugi la.xg pon xrugi.klu g pon xrugi gk.wat pe kat penang bro? study ke?

    ReplyDelete