Realis

Wednesday, October 5, 2011

|Tamat Semester 1


Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah, tamat sudah semester 1 aku di KPTM Alor Setar. Masa berjalan sangat pantas. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis sepanjang aku belajar di sini. Rasanya tidak perlu untuk aku tulis disini, cukup sekadar aku menyebutnya. Terima kasih aku ucapkan kepada semua pensyarah yang telah mengajar kelas HM 1A dengan sabar, semangat & dedikasi. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan. Cuti yang diperuntukkan untuk aku bersuka ria hanya 6 minggu sahaja. Jadi, aku akan gunakan masa yang "panjang" ini untuk bertemu rakan-rakan dan bersantai bersama keluarga. Aku juga berharap agar mendapat keputusan yang cemerlang agar hajat untuk memohon biasiswa tercapai. Diharap kepada semua pelajar yang sedang bercuti, gunakan waktu yang "panjang" ini sebaik mungkin. Jumpa di semester 2 nanti. Selamat bercuti!!!

p/s: Aku perlukan idea untuk header baru...

5 comments:

  1. Selamat bercuti ;)

    Header tuu, pa bubuh laa gmbar pa sorg yg dekat atas jalan raya sorg2 tuu. Gmbar tuu cantik ;)

    ReplyDelete
  2. @Izzuawandi Bin Abd Rahman: pic tu x seswai la.menegak bkn melintang...

    ReplyDelete
  3. Ouh betol jugak. Hm kalau pa remove gambar atas tu then biar kosong. Pa buat jaa lah title yg sesuai bg pa. Gmbar atas besar sgt, hihi :)

    ReplyDelete
  4. selamat bercuti :)

    emm idea untuk header? pilih la header yg mggmbarkan ttg diri sendiri. ataupun...header apa2 ja lah..hm apa title blog awk eh ?

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti-cutian, sangat best masa-masa cam ni kan

    ReplyDelete