Realis

Friday, May 6, 2011

|Aku Dan Tiga Ekor Monyet


Assalamualaikum, hari ini aku ingin bercerita tentang tiga ekor monyet yang telah aku temui di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Monyet ini dikenali juga dengan nama ´Silver-Leafed Monkey´ atau lotong. Monyet ini mempunyai paras rupa yang comel, ekor yang panjang dan juga jinak. Jika anda kesini, jangan lupa untuk membeli kacang panjang, pisang, roti atau kacang tanah untuk memberi makan kepada monyet-monyet tersebut. Jangan terkejut jika tiba-tiba monyet tersebut mendekati anda. Tidak perlu panik kerana monyet disini semuanya jinak-jinak. Jadi, layan seperti biasa dan tidak perlu berkasar kerana ia tidak akan mengamuk atau menggigit anda. Anak monyet ´Silver-Leafed´ memiliki bulu berwarna keemasan manakala yang dewasa memiliki bulu berwarna kelabu gelap. Unik bukan? Walaupun si ibu sangat melindungi si anak, tetapi jika anda pandai dan sabar pasti si ibu memberi kebenaran kepada anda untuk bermain-main dengan si anak. Walaupun hanya seketika, tetapi pasti akan menjadi detik terindah didalam hidup anda. 

Yang pasti aku akan kesini lagi untuk bermain, memberi makan dan bergambar kenang-kenangan bersama dengan monyet ´Silver-Leafed´. Anda bila lagi? Ada berani?

12 comments:

  1. sangat cumey itu monyet..tapi mengerunkan..hihi

    ReplyDelete
  2. wow, menarik giler..next time bawak aku~

    ReplyDelete
  3. @Aida Omar: jgn takot.dorang ni baek2 belaka.dgr ckp plak tu.x caye mai la cini..

    ReplyDelete
  4. @Afsar: bley je.next time tu ble bro?

    ReplyDelete
  5. @mar yanie: ala ngan monyet je la.jgn la jeles.hehe^^

    ReplyDelete
  6. haha..ni la dikatakan teman tapi mesra.. =P

    ReplyDelete
  7. @KurekureKecik: hahaha.time ni ngah gado la ngan dorang.muahaha^^

    ReplyDelete
  8. pnjang nye ekor die...comey =)

    ReplyDelete
  9. hahahah ni kau ke ? nampak lain je :D HAHA

    ok ok aku cakap macam kenal kau je . btw happy alwys ok , have a nice day !

    ReplyDelete
  10. berani main dengan monyet ! HAHHAA

    ReplyDelete
  11. @aiman rashidd: monyet kat cini jinak2 lor.xcaye g la sndri n rasainya.hehe^^

    ReplyDelete