Realis

Wednesday, June 22, 2011

|Tasik Pedu

Assalamualaikum. Kali ini aku ingin berkongsi sejarah Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu. Untuk pengetahuan, Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang (ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap. Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.

Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan yang sesuai bagi pencita alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi hutan tropika, flora dan fauna.

Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Mutiara Pedu Lake Resort dan Desa Mutiara. Tetapi, resort tersebut telah ditutup kerana tidak mendapat sambutan dan kurang promosi diadakan. Suasana dan gambaran chalet-chalet tepi tasik sangat cantik dan masih elok keadaannya. Di sana juga, terdapat Rumah Rehat mantan Perdana Menteri Malaysia yang Keempat, Tun Dr. Mahathir, yang gah berdiri di tepi tasik dengan seni reka bentuk yang menarik dan tradisional. tetapi kini, semua chalet dan rumah rehat tersebut dibiarkan terbengkalai tanpa penghuni.

Kisah aku dengan Tasik Pedu bermula pada 21/6/2011 pada jam 0300 pagi. Seperti yang anda baca diatas, resort yang ada di tasik tersebut telah menamatkan operasinya sekian lama!!! Aku dan rakan-rakan memandu dari bandar Alor Setar menuju ke destinasi tanpa rasa was-was. Perjalanan ke destinasi lancar tanpa sebarang masalah. Kami sangat teruja untuk ke Tasik Pedu pada pagi itu. Untuk sampai ke destinasi tidak sukar  kerana kewujudan papan tanda di setiap simpang. Untuk sampai ke resort tersebut dari jalan utama, anda harus menempuhi jalan berliku sejauh 8km. Suasana ketika itu sangat gelap dan sunyi. Resort pertama yang aku jumpa adalah Desa Utara. Tidak jauh dari resort tersebut adalah Mutiara Pedu Lake Resort. 

Setibanya di Mutiara Pedu Lake Resort, aku kaget dan terkejut dengan papan tanda dilarang masuk. Semua yang berada didalam kereta senyap seketika. Bayangkan, jika anda berada ditengah hutan belantara yang sunyi, gelap, sejuk dan tiada isyarat telefon bimbit pada jam 0300 pagi. Aku berasa pelik, terkejut dan hairan. Apa sudah jadi dengan resort tersebut? Kenapa operasi dihentikan? Sejak bila ditutup? Perjalanan kami ke Tasik Pedu memang tidak dirancang dan kami tidak tahu menahu mengenai kisah disebalik resort-resort tersebut. Tetapi, kami tidak peduli dengan suasana ketika itu. Tanpa berlengah, aku terus memarkir kereta di tempat yang disediakan untuk mengambil angin pagi. Seram!!! 

Kami lepak sekejap sahaja kerana ingin merokok di luar. Selesai merokok, kami terus pulang ke Alor Setar. Kami dikira berani kerana kebanyakkan rakan-rakan yang berasal dari Kedah memberitahu. Tidak ada siapa berani melalui jalan tersebut menjelang malam. Keras katanya. Jika ada, hanya kaki pancing sahaja yang berani. Itupun hanya waktu siang!!! 

Selepas kuliah pada siangnya, aku buat kajian di internet. Cuba teka apa yang aku dapat? Resort tersebut ditutup kerana pengunjung sering diganggu ketika menginap disitu. Kenapa diganggu? Pernah suatu ketika, air di tasik tersebut surut dan membawa kepada penemuan yang tidak disangka-sangka lebih 100 kubur lama dipercayai milik orang Islam di bahagian tengah dasar tasik tersebut.Kubur yang dipercayai berusia lebih 100 tahun itu dikatakan berada di kawasan lembah di sebuah kampung dikenali sebagai Kampung Mong Gajah dan dikelilingi hutan sebelum empangan dibina pada 1963. Kawasan perkuburan seluas kira-kira 0.8 hektar itu terletak di bahagian barat daya, kira-kira satu kilometer dari tebing tasik berkenaan. Ketika air empangan penuh, kawasan perkuburan berkenaan ditenggelami air sedalam 45 meter.

Alhamdulillah, kami semua selamat pergi dan kembali. Mungkin selepas ini kami akan ke kawasan seram yang berada di Pulau Pinang pula. Jika tidak salah, lokasinya adalah di Balik Pulau.

11 comments:

  1. sila ke empngn timah tasoh pulak..situ pon agk creepy jgk..tp cantik lg dri tasik pedu!

    ReplyDelete
  2. saye tak pernah sampai situ
    paling jauh kuala nerang, rumah kawan

    ReplyDelete
  3. I am originally from Tasik Pedu, rumah di tepi empangan. Naik bot tengah malam, camping dalam hutan sejak kecil, mandi dalam tasik …..

    Hotel tu tutup bukan pasal tempat keras, pasal management tak ok. Semua tempat pun ada kubur, kalu kita respect dan tak kacau tarak hal brother.

    Ini hanya comment saya, I duduk di situ sejak kecil sampai umur 20, terpulanglah kepada anda untuk membuat kesimpulan……

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dok di desa utara hampir 9 bulan. Praktikal di situ alhamdulillah. X pernah di ganggu. Udara sangt nyaman. Suasana sngt damai. Jd x pyh la dok wat cerita yg bkn2. Sy tau setiap jalan dan setiap rumah yg ada dlm desa utara pedu lake. Kadang2 kami karoke sampai 2 3 pg ok ja xdak apa pun yg trjadi. Tp sepanjang kami di sana. Kami hormat keadaan tempat 2. Mulut jngn capoi nk masok tempat org

      Delete
    2. Sy dok di desa utara hampir 9 bulan. Praktikal di situ alhamdulillah. X pernah di ganggu. Udara sangt nyaman. Suasana sngt damai. Jd x pyh la dok wat cerita yg bkn2. Sy tau setiap jalan dan setiap rumah yg ada dlm desa utara pedu lake. Kadang2 kami karoke sampai 2 3 pg ok ja xdak apa pun yg trjadi. Tp sepanjang kami di sana. Kami hormat keadaan tempat 2. Mulut jngn capoi nk masok tempat org

      Delete
    3. Ouh org Pedu. Pa habaq?

      FYI, artikel ini ditulis setelah saya pergi lihat sendiri. Ada info yg disaring dari internet usai lawatan ke Tasik Pedu setelah tidak percaya apa yang telah terjadi (sila baca artikal saya betul-betul).

      Jadi, saya bukan cuba buat kesimpulan malah tidak ada pula tulisan berbaur negatif mengenai tempat ini ditulis dalam artikel ini.

      Harap maklum.

      Delete
    4. @Edi Aburt

      Artikel ni ditulis pada hari Rabu 22 Jun 2011. Tahun berapa ya praktikal kat situ? Saya tak kisah pon awak nak karaoke sampai jam berapa. Sila baca dan faham sebelum nak komen entry ini.

      Terima kasih.

      Delete