Ijam sebagai Romeo Tebu
Assalamualaikum. Alhamdulillah, ini kali pertama aku berjaya menjejakkan kaki di sini setelah bertahun-tahun membuat rancangan bersama rakan-rakan ku. Tetapi, aku datang ke sini bersama-sama dengan rakan sekuliah. Ladang Tebu ini sangat luas saujana mata memandang. Sangat sesuai untuk merehatkan minda dari kekalutan kota mahupun pelajaran!!! Perjalanan dari Alor Setar ke Perlis tidak lama. Memandangkan aku sudah mahir dengan jalan-jalan di Kedah, jadi aku mengambil kesempatan untuk meneroka kawasan-kawasan yang menarik di negeri lain pula seperti Perlis dan Pulau Pinang.
Kami berhenti di tepi jalan besar di mana mereka telah menyediakan wakaf untuk berehat dan melihat pemandangan ladang tebu dari wakat tersebut. Tetapi, hati bagai tidak puas melihat pokok tebu dari jauh. Jadi, aku membuat keputusan untuk membawa Puteh jalan-jalan di dalam ladang tersebut. Aku tidak pasti jika orang awam dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam ladang tersebut. Biarlah, bukan ada siapa-siapa ketika itu. Jadi, Puteh berjaya menjejakkan tayarnya ke dalam Ladang Tebu Chuping!!! Tujuan aku memandu di dalam ladang tersebut adalah kerana ingin meninjau kawasan sekitar serta ingin melihat tasik yang ada di dalam ladang tersebut.
Ijam, Aku, Acab, Farid & Puteh
Sedikit info mengenai Felda Chuping. Felda Chuping terletak di Chuping, Perlis, Malaysia berhampiran dengan sempadan Thailand. Tanah rancangan ini dikendalikan oleh agensi kerajaan iaitu Felda. Jenis tanah di sini sesuai ditanam dengan pokok tebu. Pokok tebu Chuping terkenal kerana berkualiti di samping tebu di Kuala Gula, Perak. Sekiranya bekalan gula tidak mencukupi untuk penduduk Malaysia, gula diimport dari Filipina. Lebih 8,000 hektar ladang tebu di Chuping.Kilang Gula Felda Chuping membekalkan gula kepada seluruh penduduk di Malaysia
Melompat lebih tinggi
Sebelum pokok tebu ditebang, pokok tebu akan dibakar terlebih dahulu. Pokok tebu yang telah dibakar dan berwarna hitam ini sangat keras dan kering. Pokok tebu ditebang dengan tenaga manusia dan kini dengan jentuai .Kemudian diangkut ke dalam lori dan dibawa ke kilang memproses gula di Chuping. Kilang ini milik bilioner Malaysia iaitu Robert Kuok. Kebanyakan kilang gula di Malaysia di monopoli oleh beberapa syarikat multinasional sahaja dengan kebenaran kerajaan Malaysia. Harga gula dikawal oleh kerajaan Malaysia. Jika anda ke Perlis, rasanya rugi dan tidak lengkap jika tidak singgah di sini.
gamba cantik!
ReplyDelete@Kikie Adeli: ala snap gune hp camera je. bkn mcm org tu da DSLR.hukhuk
ReplyDeleterindunyeee kat Puteh!
ReplyDelete@Zue Zoey: btl ke rindu kat Puteh or rindu kat saya?
ReplyDeleterindu kat Puteh + tuannye jugak :)
ReplyDelete@Zue Zoey: rindu awk gk^^
ReplyDeletekampung aq mmg cantek pun....huhu....bangga plak
ReplyDelete