Assalamualaikum. Apa khabar rakan-rakan blogger? Entry kali ini aku ingin cerita mangenai Persembahan Teater Tradisional Jikey yang dikendalikan dibawah Program Pusat Seni Setempat 2011 dengan kerjasama oleh AKRAB (Persatuan Penggerak Budaya Anak Seni). Program ini dibawah kawal selia oleh Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara, Kedah. Lokasi pementasan teater ini adalah di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah. Ini kali pertama aku pergi menonton teater di Kedah. Aktiviti ini adalah anjuran Kelab KEWARIS yang sangat aktif di KPTMAS (Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar).
Berbalik kepada persembahan teater diatas. Teater ini berkisar tentang seorang saudagar India, iaitu Tuan Keling yang telah tiba di sebuah kuala di negeri Kedah bersama pengikutnya dengan menaiki tongkang. Dia telah membuat hingar (bising) di kuala tersebut lalu seorang Putera telah memanggil kedua-dua Awang baginda, iaitu Awang Noh dan Awang Makbol untuk memeriksa apa yang sedang berlaku di pintu kuala.
Maka, kedua-dua Awang tersebut pergi dan menyiasat di pintu kuala dan menemui Tuan Keling yang sedang menyanyi dan menari. Tuan Keling ingin memohon pada kedua-dua Awang tersebut untuk membawanya berjumpa dengan Putera. Lalu mereka pun membawa Tuan Keling menemui tuan mereka di Istana.
Setelah meminta kebenaran dengan baik, lalu Putera membenarkan Tuan Keling berniaga di negeri baginda dan memerintahkan kedua-dua Awang baginda membantu Tuan Keling. Mereka pergi menemui Ah Seng untuk mendapatkan barangan niaga Tuan Keling seperti tanaman dan ternakan untuk dibwawa pilang ke India. Ah Seng bersetuju membekalkan berangan tersebut dan Tuan Keling memohon diri lalu meminta kedua-dua Awang tersebut membawa beliau ke pintu kuala semula untuk menemui isteri yang sedang menunggu di sana. TAMAT
Rugi anda tidak menonton teater ini. Sangat kelakar, terutama telatah kedua-dua Awang tersebut. Tuan Keling dan Ah Seng juga mempunyai karekter tersendiri. Kelakar dan bersahaja. Tiada bayaran masuk dikenakan. Walaupun ada beberapa perkataan yang diungkapkan tidak dapat aku fahami, aku tetap terhibur menonton pada malam tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Cik Nazahiyah dan Cik Lydiawani kerana sudi menghantar aku pulang ke jalan yang betul.
wah bestnya... huhuhu.. tapi jauh la nak g sana... :) suka sangat tengok persembahan teater.. tapi kadang2 mahal sgt... n yang free x tau nak daptkan info katna...
ReplyDeletexleb buka chatbox ..knp erk...
ReplyDelete