Realis

Thursday, February 24, 2011

|Kuwait


Jemputan oleh Kedutaan Kuwait kali ini aku pergi bersama Cik Siti Faridah. Kami tiba agak lewat kerana tersangkut didalam kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur. Setibanya di Marriott Hotel, semua tetamu yang hadir sudah menjamu selera. Jadi, kami terus mengedarkan majalah OIC Today di tempat yang telah disediakan di luar dewan. Kali ini aku tidak makan, tetapi dipaksa oleh kakitangan kedutaan untuk menjamah sedikit makanan yang ada. Untuk menjaga hati tuan rumah, kami masuk kedalam dewan untuk menjamu selera. Aku hanya menjamah satay ayam dan satay daging sahaja sebagai syarat. Sebenarnya aku terlalu penat. Aku perlu bergegas balik ke pajabat, seterusnya pulang ke rumah. Tetapi, Cik Wani dan Cik Shera sudah menuggu kami di pejabat untuk makan malam. Walaupun penat, aku rasa sangat perlu untuk menemani mereka seketika. Selesai makan, aku terus pulang ke rumah. Akhirnya, tamat sudah hari aku untuk malam itu... 

No comments:

Post a Comment