Pada malam pertama kami telah menginap di B Suite. Seingat aku, ini kali kedua aku menginap disini. Sangat selesa menginap disini kerana semua bilik yang disediakan sangat luas, selesa dan bersih!!! Selesai mandi, kami bersiap untuk makan malam. Pulau Pinang sangat terkenal dengan nasi kandar. Jadi, Encik Zainal telah datang dan membawa kami menikmati antara salah satu nasi kandar yang terbaik di Pulau Pinang. Terima kasih Encik Zainal sebab belanja kami makan malam.
Malam kedua dan seterusnya, kami menginap di Seri Malaysia. Lokasinya yang hampir dengan Penang International Sport Arena (PISA) iaitu lokasi PIHEC 2011. Seri Malaysia sangat santai dan sunyi. Walaupun begitu, aku bernasib baik kerana mendapat bilik selesa serta bersih. Seperti malam sebelumnya, Encik Zainal membawa kami makan malam. Tetapi kali ini di lokasi yang lain pula. PIHEC 2011 meniggalkan kenangan pahit serta manis. Ada beberapa kejadian yang tidak dapat aku lupakan serta tidak dapat aku ceritakan disini. Biarlah ia menjadi kenangan kami bertiga.
Ada apa dengan PIHEC 2011 kali ini? Aku mewakili OIC International Business Centre Sdn Bhd telah diberi tanggungjawab untuk menjayakan misi ini bersama-sama dengan Puan Lya Amilia, Cik Siti Faridah dan Encik Zainal Al Amin. Kami bertolak pada hari Rabu, 24 Febuari 2011 pada jam 1200+-. Perjalanan ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam. Bergantung kepada kelajuan kenderaan dan cara pemanduan anda. Aku memang tiada masalah untuk memandu jauh. Sudah menjadi kebiasaan. Menyeronokkan!!!
Expo ini masih belum boleh diklasifikasi bertaraf antarabangsa kerana tidak memenuhi syarat-syarat atau piawaian yang telah ditetapkan. Mengenai itu aku tidak mahu komen lebih. Sekurang-kurangnya ada penyertaan dari luar negara. Walaupun boleh dikira dengan jari. Aku tabik hormat dengan orang-orang dibahagian pengiklanan, kerana mereka telah mempromosikan expo ini sehingga ke sempadan antara Malaysia dan Thailand.
No comments:
Post a Comment