Pada 17 Febuari 2011 aku telah pergi ke Bandar Tasik Permaisuri untuk berjumpa dengan Cik Ema iaitu Pengurus Maika Malaysia. Untuk pengetahuan semua, aku telah menghantar e-mail pada 24 Januari 2011. Setelah tiga minggu menuggu, akhirnya beliau menghubungi aku untuk membuat temujanji.
Sebenarnya aku tidak tahu selok-belok Bandar Tasik Permaisuri serta kawasan sekitarnya. Penyelamat aku adalah Google Maps!!! Dari pejabat aku di Jalan Tun Razak ke Bandar Tasik Permaisuri memakan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Tetapi, kesesakan lalu lintas dari Jalan Tun Razak ke Jalan Loke Yew memungkinkan aku memandu lebih dari 15 minit!!!
Terima kasih aku ucapkan kepada Cik Nur Syazwani kerana sudi meminjamkan kereta beliau kepadaku. Aku sampai di pejabat Cik Ema tepat pada masanya. Beliau sangat sibuk ketika itu, jadi aku sangat bersyukur kerana sempat bertemu dengan beliau. Ini kerana, beliau akan ke Indonesia atas urusan kerja.
Untuk pengetahuan semua, Maika Malaysia baru bertapak di Malaysia. Semua produk didatangkan khas dari Indonesia. Maika Malaysia adalah ejen tunggal di Malaysia. Tujuan aku berjumpa dengan Cik Ema adalah untuk mempromosikan MWB. Beliau menunjukkan minat untuk menyertai MWB tetapi memerlukan masa untuk membuat keputusan.
Aku harap mendapat berita gembira dari Cik Ema. Jadi, tolong doakan aku wahai kawan-kawan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment