Semalam, 16 Febuari 2011 jam 1100 pagi, aku menemani Puan Lya Amilia ke Taman Ehsan kerana beliau mempunyai temu janji dengan En. Adnan Safwan iaitu Ketua Pengarah Early Bird Bakery Sdn Bhd. Agak sukar untuk mencari lokasi Early Bird Bakery Sdn Bhd kerana aku tidak biasa jalan-jalan sekitar Taman Ehsan.
Orang dulu-dulu pernah berkata, malu bertanya sesat jalan. Jadi, dikesempatan itu, aku meminta bantuan dari seorang pak cik India yang kebetulan ada di kawasan tersebut. Setelah mendapat arah jalan yang betul, kami teruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Alhamdulillah, sampai juga kami ke Early Bird Bakery Sdn Bhd.
Perjumpaan kali ini sangat berlainan, kami seperti memasuki pejabat tipikal orang Lubnan. Bilik beliau sangat "old school". Hiasan dalaman sangat ringkas. Tetapi perniagaan beliau sangat maju, sehinggakan Johor Corporation dan Maju Holdings Sdn Bhd berminat untuk membeli perniagaan beliau.
Murah rezeki kami pada pagi itu kerana beliau dengan senang hati memberikan kami dua bungkusan Roti Sihat (seperti gambar di atas). Terima kasih En. Adnan. Walaupun perwatakan beliau kasar, beliau aku sifatkan sebagai seorang yang sangat bercita-cita tinggi, baik hati dan pemurah.
Aku berharap En. Adnan membuat keputusan yang tepat untuk masa depan perniagaan beliau. Roti Sihat bukan sahaja berada di pasaran Malaysia, malah telah berada di Australia sejak sekian lama. Selamat maju jaya diucapkan kepada En. Adnan Safwan, seorang rakyat Lubnan yang telah berjaya di Malaysia!!!
No comments:
Post a Comment