Realis

Saturday, February 12, 2011

|Republik Islam Iran


Sudah menjadi perkara wajib untuk aku hadiri acara seperti ini yang dianjurkan oleh kedutaan asing di Malaysia. Untuk pengetahuan umum, semua kedutaan di negara ini mengupah rakyat tempatan sebagai kakitangan mereka. Perkara sebaliknya juga berlaku untuk kedutaan kita di luar negara.

Aku datang bukan kerana makanan yang dihidangkan, tetapi atas urusan kerja semata-mata. Selain daripada itu dapat juga aku meluaskan pengaruh dikalangan orang-orang dari kedutaan. Jangan terkejut jika kebanyakkan daripada mereka boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia. Malah, ada sebilangan daripada mereka begitu fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia!!! Antaranya adalah En. Mhd Mohib Khouli dari Kedutaan Besar Sultanan Oman dan En. Alexey Kalugin dari Kedutaan Besar Federasi Rusia

Aku sangat menyukai duta dari United Arab Emirates, H.E. Nasser Salman Nasser AlAboudi. Beliau sangat baik hati, peramah dan berbudi bahasa. Setiap kali adanya acara seperti ini beliau pasti menyapa aku dan sebaliknya. 

Berbalik kepada acara diatas, bagi aku kakitangan dari Kedutaan Republik Islam Iran sangat peramah dan banyak membantu aku. Tidak seperti kakitangan sesetengah kedutaan yang sombong serta berlagak. Bagi aku, jika bekerja dimana-mana sekalipun, biarlah ikhlas.

Acara dimulakan dengan ucapan dari YB Dato’ Haji Hasan Bin Malek dan H.E. Prof. Dr. Mohammad Mehdi Zahedi. Kemudian lagu kebangsaan dimainkan. Tetamu dihidangkan dengan makanan rakyat Republik Islam Iran. Sajian utama adalah kambing golek. Perut kenyang, hati girang, kerja selesai!!! Masa untuk pulang.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemenangan Revolusi Islam yang ke-32 diucapkan kepada Republik Islam Iran. Semoga negara terus makmur, aman dan sejahtera!!!

No comments:

Post a Comment