Realis

Wednesday, February 16, 2011

|Menara Kuala Lumpur


Pada 14 Febuari 2011 tepat jam 1100 pagi, aku ditemani Puan Lya Amilia telah pergi ke Menara Pan Global untuk bertemu dengan orang kuat Menara Kuala Lumpur dari bahagian jualan  iaitu En. Mohd Felhan (Eksekutif Jualan) dan En. Indera Bakti (Pengurus Jualan) atas urusan MWB. Akhirnya, bertemu juga kami setelah beberapa kali menunda tarikh pertemuan ini.

Pada jangkaan aku, kami akan berjumpa di Menara Kuala Lumpur untuk berbincang lebih lanjut mengenai MWB. Ini adalah kerana En. Mohd Felhan tidak menetapkan lokasi perjumpaan pada pagi itu di dalam e-mail beliau. Tetapi setelah aku menghubungi beliau pagi itu melalui telefon, baru aku tahu lokasi perjumpaan kami di Menara Pan Global, Lorong P. Ramlee, Kuala Lumpur. Sedikit terkilan, kerana seumur hidup aku tidak pernah mengunjungi Menara Kuala Lumpur.

Perjumpaan pagi itu berjalan dengan lancar. Malah, aku dan Puan Lya Amilia telah dibelanja minum oleh En. Indera Bakti. Terima kasih!!! Setengah jam pertama, perbincangan hanya berkisar mengenai MWB. Masuk setengah jam berikutnya, perbincangan kami mula berubah kepada kisah rumah tangga. 

Selepas perjumpaan itu selesai, En. Mohd Felhan berniat membawa kami ke Menara Kuala Lumpur secara percuma, tetapi aku terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Kerana, Puan Lya Amilia perlu bergegas ke tempat lain atas urusan kerja. Terkilan lagi...

Tetapi En. Mohd Felhan berjanji akan membawa kami ke atas. Kata beliau, "Jika mahu ke atas, hubungi beliau. Pasal tiket jangan risau. PERCUMA". Terima kasih En. Mohd Felhan. Akan ku tuntut janji mu itu. Siapa mahu ikut aku ke Menara Kuala Lumpur secara percuma?!

2 comments: