Assalamualaikum, dengan tema "Ke Arah Sebuah Ekonomi Halal - Kekuatan Nilai Di Pasaran Global", berlangsungnya World Halal Forum kali ke 6 di Kuala Lumpur Convention Centre. Dalam lima tahun terakhir, Halal telah menjadi isu global. Halal kini memainkan peranan dalam dasar-dasar kerajaan, strategi syarikat multinasional, pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), penyelidikan dan pembangunan, pemasaran dan banyak lagi. Halal mempunyai kesan yang besar dalam sektor makanan dan mempengaruhi sektor pembuatan, runcit, restoran, pelancongan dan sektor perhotelan. Halal semakin menjadi faktor dari segi kesihatan, keselamatan dan masalah kawalan label di seluruh dunia.
Pasaran Halal akan sentiasa kekal, dan ia berkembang lebih pantas dari pesaing-pesaing arus perdana yang lain. World Halal Forum, melalui sekutunya, International Halal Integrity Alliance, menyambung untuk terus membuat kemajuan yang signifikan dalam tugas yang berterusan untuk membangunkan standard-standard dan amalan terbaik untuk meningkatkan integriti seluruh rangkaian Halal.
Pada dasarnya, WHF 2011 kali ini telah membawa semangat baru tentang visi kreatif dan inspirasi ke pasaran Halal yang lebih luas. Kita memasuki dekad yang baru, WHF telah mengenalpasti satu rumusan baru untuk sektor Halal. Dalam kata-kata Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Razak, “Kita perlu untuk berfikir melangkaui luar industri dan beralih ke rantau yang lebih luas dalam Ekonomi Halal, iaitu nilai ekonomi yang berasaskan kepercayaan, integriti dan keadilan. Dua tunggak Ekonomi Halal ini adalah sektor produk Halal dan sektor perkhidmatan kewangan syariah". Pertemuan kedua-dua sektor yang berasaskan industri syariah ini membentuk platform ekonomi yang kukuh dan dibina di atas perkongsian nilai-nilai yang akan memainkan peranan yang semakin strategik dalam membentuk pasaran global pada dekad akan datang.
Rangkaian WHF telah membentuk pasaran global yang berkaitan dengan Halal sejak 2006. Bagi sesiapa yang berminat dan ingin mengetahui bagaimana pasaran Halal dan industri di seluruh dunia yang akan membangun pada masa hadapan, World Halal Forum 2011 jawapannya. Satu-satunya forum yang membincangkan pasaran Halal di dunia.
No comments:
Post a Comment