Realis

Tuesday, April 12, 2011

|Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)


Hari ini aku ada temu janji dengan En. Muzafar Abd. Rahim iaitu Urus Setia Majlis & Persidangan dan En. Zamzarizal Mad Ariffin, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pemasaran dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Pertemuan kali ini aku ditemani oleh Cik Mimie Faridah. Perbincangan berkisar tentang MWB yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Malah, YADIM juga akan menganjurkan beberapa pameran pada bulan Mei dan Disember tahun ini.

Menurut En. Muzafar, MWB boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk menjenamakan  nama YADIM ke peringkat antarabangsa. Malah tambah beliau, YADIM akan membuka cawangan baru  di Indonesia tidak lama lagi. Malah, YADIM telahpun bertapak di Eropah serta di bandar-bandar utama United Kingdom.

Tanpa ada paksaan dan prasangka, kami telah mendaftar untuk menjadi Sahabat YADIM (klik link tersebut untuk mengetahui mengenai Sahabat YADIM). Kami juga telah diperkenalkan dengan majalah terbitan YADIM, iaitu Dakwah. Majalah ini diterbitkan dua bulan sekali. Untuk isu Mac/April kali ini, Dakwah mengetengahkan isu HOMOSEKSUAL - Mengancam Kehidupan Beradap. Kata En. Muzafar, isu kali ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada pembaca. Jadi dapatkan naskah anda sekarang di kedai-kedai buku berhampiran!!!

Insya - ALLAH, YADIM akan menjadi penaja untuk MWB kali ini. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Sekian...

2 comments:

  1. Semoga apa yg dirancang berjalan dgn lancar~
    Ameen..


    btw, sori lmbt follow balik sbb bz ngan assgnmnts each day~

    ReplyDelete
  2. SHaRKFiQ SSM: Insya-ALLAH. blaja ler leklok ye. Gud luck bro~

    ReplyDelete