Realis

Wednesday, August 24, 2011

|Majlis Berbuka Puasa KPTMAS 2011

Assalamualaikum. Alhamdulillah, dua hari lepas pihak kolej telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk semua pelajar serta warga kerja kolej bertempat di bangunan City Plaza tingkat 7. Aku telah dilantik sebagai salah seorang AJK untuk mengendali dan menguruskan beberapa perkara sebelum dan semasa majlis tersebut berlangsung. Antara tugas aku adalah mengelakkan pelajar lelaki dan perempuan duduk semeja dan makan sampai kenyang!!! Seperti acara-acara formal yang lain. Permulaan majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan yang berbahagia Pengarah KPTMAS iaitu En. Ramli Mohd Jawi. Selepas itu Ustaz Khairul Anuar iaitu pensyarah untuk subjek agama menjalankan tugas beliau menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa. Selepas berbuka, para hadirin dihidangkan dengan persembahan teater dari kumpulan USANG. 

En. Ramli Mohd Jawi

Aku & Lya

Lady Nik

Syakilla Syed Alwi 

Si Kacamata ( dua dari kiri ) dan rakan-rakan

Blogger kolej yang telah menjadi AJK pada hari tersebut adalah Lady Nik dan Si Kacamata. Manakala Syakilla Syed Alwi pula dari USANG. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat serta sudi menghadirkan diri untuk bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa yang julung-julung kali diadakan.

1 comment:

  1. eh eh !
    syakilla syed alwi tersesat pulak pic kat sini. HAHA
    btw, TERHARU ney! ade junior amik pic letak dalam blog . HUHU
    *motif giler :P

    ReplyDelete