Realis

Monday, August 29, 2011

|Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kad raya dari Cahaya Azyla

Assalamualaikum. كل عام وانتم بخير | Best wishes for a happy New Year | Happy Eid Ul Fitr. Ini adalah ungkapan yang kita akan ucap beberapa hari lagi. Aku sekarang sedang bercuti dari kuliah sempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Cuti yang diperuntukkan adalah selama seminggu sahaja. Tetapi, mulai hari ini jam tiga petang (waktu malaysia) aku akan mula bekerja di kiosk Seven Eleven yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Kerja separuh masa sahaja. Berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Pelajar seperti aku yang tidak membuat pinjaman dan hanya mengharapkan elaun sara hidup dari ibu bapa perlu berdikari sedikit untuk hidup. Jadi, tiada istilah raya bagi aku untuk tahun ini. Disamping bekerja, aku juga perlu memanfaatkan cuti seminggu ini untuk mengulang kaji pelajaran kerana selepas cuti ujian akan berlangsung untuk beberapa subjek penting. Dengan rendah diri, aku insan yang sebaik-baik ciptaan Allah SWT  kadang kala dengan sengaja atau tidak telah mengguris hati dan perasaan orang lain ingin memohon jari meminta ampun diatas segala salah dan silap. Apa yang baik datangnya dari Allah SWT manakala yang buruk datangnya dari diri saya. Selamat bercuti dan menyambut Syawal tidak lama lagi. 

4 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITHRI PA :) MAAF ZAHIR DAN BATIN YE ^^

    ReplyDelete
  2. @Izzuwandi Bin Abd Rahman: SHR diucapkan kpd wandi gk. Maaf zahir n batin ye. 0-0 k^^

    ReplyDelete